KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.

MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Di antara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi asid laurik yang tinggi, sekitar 50-57% , dan asid kaprik sekitar 6-7%. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.