Kualiti VCO

Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif ? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / patty asid yang kaya dengan " lauric Oil " yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesity, dan stroke. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli terjamin kualitinya ?

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksiden dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari pengabungan , pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO.

MINYAK KELAPA DARA – Pemusnah Virus, Bakteria dan Protozoa

Kandungan Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia.Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

KENYATAAN PAKAR berhubung MINYAK KELAPA DARA.

Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”

Dr. Bruce Fife :
Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.

KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.

MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Di antara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi asid laurik yang tinggi, sekitar 50-57% , dan asid kaprik sekitar 6-7%. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.