Apakah proses pembuatan VCO Bio-Asli terjamin kualitinya ?

Bagi menjamin kualiti struktur MCF dan antioksiden dalam VCO tidak berubah serta hilang syarikat kami menggunakan teknik khas hasil dari pengabungan , pengubahsuaian dan idea ciptaan kami sendiri dalam proses penghasilan VCO.
Oleh itu proses penghasilan VCO Bio-Asli tidak menggunkan enzim ( merosakan ikatan lipoprotein), pemanasan berperingkat (menghilangkan antioksiden) dan  pemangkin asid (menguraikan ikatan MCF). Manakala proses pegasingan air dalam minyak tidak menggunakan mesin pemanasan berperingkat yang mana proses ini akan menghilangkan antioksiden. Bio-Asli dihasilkan dengan teknik 100% permentasi ( tiada pemanasan, tiada pemangkin kimia dan tiada enzim pemangkin). Manakala proses pengasingan air mengunakan teknik graviti & hidrodinamik dirawat sehingga 0.1 maikron yang dijamin bebas dari segala kotoran.