KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.
Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh samada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat ‘fatty acid derivative’ yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi kedua-duanya.
  
Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang digunakan oleh tubuh sama ada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada ‘envelope’ virus yang menyebabkan disintegrasi ‘envelope’ berkenaan.

Hal ini meliputi virus seperti HIV herpes, cytomegalovirus, influenza , beberapa bacteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia.

Saperkara yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi ‘trans fatty acids’ yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain. (‘Trans fatty acids’ boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit, mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.