Kualiti VCO

Apakah yang terkandung di dalam VCO sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif ? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata VCO mengandungi rantai struktur lemak / patty asid yang kaya dengan " lauric Oil " yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesity, dan stroke. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.
Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai VCO? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk VCO. Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.


Untuk membandingkan minyak kelapa dengan VCO, pada Jadual 2 yang menunjukkan kualiti mutu minyak kelapa menurut SII (1979). Sementara jadual 3 menunjukkan kualiti VCO menurut AFCC (2005).

Apabila merujuk jadual 2 dan jadual 3, kandungan asid lemak, terutama asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada VCO dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid ministrant (C-14).

Menurut AFCC, proses pembuatan VCO tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu VCO dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang  demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai VCO. Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa VCO tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).

Minyak kelapa dara tidak mudah tengik kerana kandungan asid lemak jenuhnya tinggi sehingga proses oksidasi tidak mudah terjadi. Namun, bila kualiti VCO rendah, proses ketengikan akan berjalan lebih awal. Hal ini disebabkan oleh pengaruh oksigen, kewujudan air dan mikroba yang akan mengurai kandungan asid lemak yang berada di dalam VCO menjadi komponen lain.

Secara fizikal, VCO harus berwarna jernih seperti kristal, Hal ini menandakan bahawa di dalamnya tidak bercampur dengan bahan dan kotoran lain. Apabila di dalamnya masih terdapat kandungan air, biasanya akan ada gumpalan berwarna putih. Kewujudan air ini akan mempercepatkan proses ketengikan. Selain itu, gumpalan tersebut kemungkinan juga merupakan komponen tahi minyak yang tidak tertapis semuanya. Keadaan seperti ini secara langsung akan berpengaruh terhadap kualiti VCO.